How much money do I need to start with Forex trading?
Salam semua.
Antara perkara yang mula-mula disuarakan oleh mana-mana newbie forex ialah;
Berapa modal yang saya perlukan untuk start with forex trading?
How much money do I need to start with Forex trading?
Sebelum menjawab soalan ini, saya kena beritahu bahawa jawapan kepada soalan ini adalah amat subjective. Semua orang ada jawapan tersendiri dan berlainan mengikut citarasa masing-masing/according to their own personal appetite. Tiada yang salah dan tiada yang betul dalam menentukan berapa modal yang diperlukan untuk bermula dalam pelaburan forex ini.
For me, I don’t have enough experience to advise anyone on how and where to start. Pengalaman saya tak sampai tahap gaban langit ke tujuh (dulu rajin baca komik la.. ) lagi untuk ajar orang lain bagaimana nak start and berapa modal yang diperlukan. Walaubagaimanpun, saya boleh offer pengalaman saya sendiri setelah beberapa tahun terjebak dalam Forex trading ini ( ayat terjebak = rasa macam cerita pasal jerat ayam serama jer)
Untuk menerangkan pengalaman saya dalam cerita berapa modal ini, saya rasa nak menggunakan perumpamaan dan kisah anak-anak saya bela ikan dalam aquarium hehe.. melalut sampai cerita pasal ikan la pulak.. sabar, baca sampai habis..
Contohnya macam ini, saya ada kolam ikan kat tepi rumah, alah kolam kecik jer.. buat sendiri untuk syok sendiri.. size kolam tu lebih kurang 2×2m.. tak la dalam sangat. Saya letak lebih kurang 5-6 species ikan, berbagai size, berbagai warna.. ada yang suka main kat permukaan air, ada yang suka menyorok belakang batu, ada yang senyap dan pendiam, ada yang aggressive, ada yang makan banyak, ada yang makan sikit.. bak kata orang, ada perbagai kerenah la..
Anak-anak saya pulak ada aquarium kecil dalam rumah.. comel jer, siap dengan special lighting, special stone base and ada landscape dalam aquarium tu.. diaorang letak satu species jer, color merah.. kalau letak banyak species, nanti diorang bergaduh pulak cakap yang sikecil tu..
So nak jadi cerita, satu hari tu, entah macam mana tak tahu, keadaan cuaca agak panas sikit, berhabuk, dan agak berjerebu.. El-Nino kot.. tiba-tiba pagi tu bangun, dengan terperanjatnya ikan-ikan kami (kolam besar dan aquarium kecil) dijumpai pening-pening lalat, nyawa-nyawa ikan (memang nama dia ikan kan..lalat tumpang glamer jer).. rasanya keracunan kot, ataupun kerana keadaan cuaca yang panas.. yang pasti, sampai sekarang kami sekeluarga tidak pasti apa masalahnya dengan ikan-ikan kami..
Dengan sedihnya, petang itu anak saya yang kecil melaporkan berita tragis.. semua ikan dalam aquarium kecil mati, separuh ikan dalam kolam besar pun mati…sedih jer aku tengok budak-budak tu… (tapi diorang sedih kejap jer, pasal esoknya diorang beli rabbit 2 ekor. .aduss..) But wait, baca betul-betul.. hanya separuh ikan dalam kolam aku mati.. yang lain masih segar bugar… masih makan dengan banyak, masih bermain-main sesama sendiri, masih membesar and masih boleh reproduction.. (buat anak la.. aper la tak faham…)
Moral of the story... samalah dengan pelaburan forex nie.. kalau nak start tu, ada baiknya start dengan kolam, bukannya aquarium. Kalau start dengan aquarium, kalau ada masalah sikit jer, kalau ada spike sikit jer pun, habis satu aquarium hangus.. kalau tak pun nyawa-nyawa ikan.. sedih jer tengok account jadi debu… kalau start dengan kolam, mungkin cost permulaan agak tinggi sikit, tapi kalau ada masalah open order, silap masuk line ker, against trend ker, boleh la tahan lagi… kalau kena stop loss dua tiga empat lima kali pun, masih boleh bertahan.. loss few battles, but still in the war and fighting…
So berapa nak start? Bagi pendapat seposen aku nie, USD 1K for mini/micro account, USD10 - 25K for standard account. Mungkin korang setuju, mungkin tidak.. tapi peduli apa, nie blog aku suka aku la nak tulis apa.. hahaha.. ada orang start US10 boleh turn to US1000, tapi tu orang lain, mungkin dia adik sedara Einstein.. kalau nak ikut my own style of trading, then itulah permulaan yang sesuai bagi aku..
So itulah pengalaman aku dalam forex trading nie.. my first rule, Capital Preservation. Ini adalah rule yang paling utama, walau bagaimanapun keadaan, jangan sampai hilang account.
Start with your kolam ikan. Happy trading!
Related posts:
Salam,
Lawak tul la crita ikan tu..hehe..
Begitukah critanya forex trading ni..menarik tu..hehe..
menarik-menarik.. cuba tengok graph kat atas sebelah kanan tu.. mencucuk langit.. hihihi (gelak dalam perut)..
Kalau graph tu tembus kotak dia, next holiday saya belanja..