Forex Islamic Account or Swap Free Account
Hari ini nak bercerita sikit pasal forex islamic account, juga dikenali sebagai swap free account. Bagi mana-mana trader forex yang berpengalaman, rasanya semua sudah dengar debat-debat yang mengatakan samada forex ini dibenarkan oleh Islam ataupun tidak.
Sudah banyak tulisan-tulisan, blog and hujah-hujah yang tersebar di serata laman internet. Ada yang mengatakan bahawa trading forex ini dibenarkan dan ada juga yang menghujahkan bahawa ianya adalah riba dan tidak dibenarkan.
Saya tidak mahu memberi hujah saya sendiri, bagi saya biarlah orang yang berpengetahuan meneruskan perdebatan ini. Kita tunggu sahaja kesimpulannya nanti - itupun kalau ada kesimpulannya. Apa yang ingin saya ceritakan kali ini adalah salah satu account forex yang tiada unsur-unsur riba iaitu Forex Islamic Account.
Bagi trader forex, pasti biasa dengan swap charges. Islamic account ataupun swap free account adalah satu account yang ditawarkan oleh sebahagian besar forex broker. Swap free account secara basicnya ialah trading account yang tiada charge swap (positive swap ataupun negative swap). Baru-baru ini saya ada membuka satu account baru dengan Forex.com. Kali ini saya buka Islamic account atau Swap Free account. Didalam website forex.com ini mengatakan hanya muslim trader yang layak untuk membuka islamic account ini. Saya buka account MetaTrader 4, kalau pakai dia punya own trading software tak sure boleh buka swap free account ataupun tidak. Islamic account boleh dibuka untuk mana-mana standard atau mini account. Saya buka mini account pasal baru nak cuba dan nak tengok camana dia kira swap free ni, pasal penjelasan kat website agak complicated and sukar difahami.

Dah masuk seminggu lebih trading, dah dapat few trades sample, baru la saya faham macamana diorang handle swap free account ni. Ini adalah sample account statement saya.. jangan gelak tengok USD 11 income sehari saya tu, kecil-kecil cili padi orang kata.. ini satu account satu pair trade, kalau ada 16 pairs 5 accounts macamana? lu pikir la sendiri.. hehe
So kalau tengok statement ni, waktu trade tu dia masih charged swap on daily basis, cuma lepas closed the position, baru la dia revert semula semua negative and positive swap tu.. so set to zero swap profit la gitu… dengan cara ini trader hanya boleh profit dengan pips trade sahaja, dan tiada unsur riba..
Begitula ceritanya, so kalau korang rasa was-was dengan hujah-hujah riba nie, aku cadangkan korang buka islamic account jer la dengan broker korang.
Reference link:
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=1239 http://www.bicarajutawan.com/forum/thread150-3.html
Related posts: