Cara-cara membuat pengeluaran KWSP with AMBG
Kalau ada sesiapa yang ada housing loan dengan AMBG, ini adalah cara simple untuk membuat first phase untuk pengeluaran atau pengurangan housing loan with KWSP.
First, pergi ke mana-mana cawangan AMBG, dalam kes saya, AMBG HQ di Jalan Yap Kwan Seng. Parking dia memang leceh sikit, pasal selalu full. Naik atas sekali, kalau tak silap tingkat 8. Then turun semula ke tingkat 1 (turun pakai lift laa), then naik ke tingkat 23. Tengok betul2 lift tu, pasal dia ada specific lift sahaja yang naik tingkat 23 iaitu Home Mortage Division. Cakap kat awek kat counter tu nak buat pengeluaran KWSP, dia akan bagi satu borang simple jer.

Isi maklumat yang di perlukan, pass semula kat kaunter… nanti lepas dua minggu dia akan call untuk ambil document yang telah disediakan.. Ada juga option supaya borang itu dihantar ke alamat rumah anda, tapi pasal dekat jer dengan rumah saya, and kalau pos biasanya ambil masa yang lama, saya opt to self collect.
Nanti phase 2 - pergi ke KWSP. disambung kemudian.. hehe.
Related posts: