Bagaimana better latency connection membantu forex trader.
Bagi trader forex yang sudah lama berkecimpung dalam bidang forex trading nie, satu perkara yang amat ditakuti ketika sessi trading ialah loss of internet connection/disconnection. Internet connection nie adalah lifeline setiap trader, ataupun orang kata talian hidup. Tanpa internet, tiadalah forex trading. So far tak pernah lagi aku dengar geng-geng forex trader ni yang trade pakai phone.. mungkin yang trade juta-juta tu ada la kot, dia call bank broker untuk place order. Bagi kita trader kecil-kecilan ini, harapkan Telekom streamyx jer la.. yang mana trader-trader yang canggih sikit always on the road tu, pakai berukband Celcom, Maxis or P1.
Pernah dulu aku dengar cerita ada seorang trader ni, tengah-tengah best trading internet connection dia terputus (tak sure la putus wire ke, petir kilat ker, tak bayar bill streamyx ker), waktu tu position dia tengah open lagi tanpa Stop Loss. Punya la dia panic kelam kabut cari cyber cafe untuk sambung trading. Kalau pakai web base trading platform macam easy forex tak per la, senang nak sambung trading kat mana-mana. Tapi kalau pakai software yang kena download, punya la banyak masa terbuang. Korang semua pun tahu, dalam masa beberapa minit sahaja macam-macam boleh terjadi dalam forex trading ni. Kalau over leverage account tu, nak ditambah cerita pulak ada major pips movement alamat hancus la account.
So aper sebenarnya LATENCY ini? Penting ke untuk trader-trader forex yang dah tahap gaban kat luar tu. Jawapannya adalah amat penting sekali. Bagi newbie and small trader, mungkin latency tidak mendatangkan manafaat yang besar, tapi bagi big trader with big bet, good latency connection adalah amat penting sekali.
Apa latency ini dalam bahasa Malaysia = aku pun tak tahu… haha. Untuk menerangkan latency ini, aku kena pakai perumpamaan. Contohnya la, ada tak beza dari segi masa dan kualiti sekiranya korang nak hantar atau buat delivery barang dari KL ke Hulu Selangor berbanding dengan dari KL ke Sipadan. Mesti ada beza kan, pasal jarak dia berbeza. Kalau tak sure check dalam google maps.
So sama la dengan latency ni. Waktu korang place order kat korang punya trading platform tu, lepas korang click jer data tu akan travel to the server, broker, feed or bank, balik broker, balik server, baru sampai kat korang punya computer. So kalau korang duduk kat Hulu Selangor, broker kat US ker, UK ker, Malta ker, bayangkan berapa lama masa yang ambil sebelum korang dapat fill. Kalau lambat sangat, by the time korang dapat fill, price dah moved by few pips / slipage. Makin jauh broker korang, makin tinggi latency rate, kalau dekat connection korang dengan broker maknanya least latency rate.
So kalau duk kat Hulu Selangor and broker kat Malta, mesti korang tak dapat true price la pasal by the time kita dapat fill, price dah berubah. Kalau mula target boleh profit, tup-tup trade tu rugi by few pips. Kalau pakai mini or micro lot, trade 1 cents per pips mungkin tak terasa sangat, tapi bagi yang trade USD10 per pips on standard account, uishh.. terasa oooo.
So moral of the story, korang kena pikir cara untuk mendapatkan better latency connection, of usually refer as least latency connection. Maknanya masa yang paling pantas untuk buat data delivery. Satu cara yang aku fikirkan sesuai ialah trade menggunakan VPS (virtual private server) yang paling dekat dengan broker datacenter. Contohnya, kalau broker korang kat US, korang kena dapatkan VPS yang paling dekat atau sebelah rumah dengan broker punya datacenter. Lepas tu nak menambahkan kebaikannya, aku recomend supaya korang trade pakai EA. Subject EA ini panjang kalau nak diterangkan, nanti hari lain la aku cerita.
Aku dah lama trade menggunakan VPS. Senang nak managed, set-up EA lepas tu tinggalkan jer. Hujung minggu check to make sure server ok, tak der error dan MT4 running dengan sempurna. VPS aku pulak aku pilih betul-betul dekat dengan broker aku, so aku dapat least atau better latency rate. Most of the time, bila EA aku execute order, aku dapat almost true price, kecuali ketika big news la, pasal waktu tu mesti heavy move punya. Mesti ada slipage sikit, ini adat trading.
Kalau korang nak try VPS, aku recomendkan CNS - Commercial Network Services. Diorang ada 3 datacenter, New York, London and San Diego. Harga USD30 sebulan. Link to CNS kat banner bawah nie..
No related posts.
salam bro..trima kasih utk recomendation psl vps tu…tapi newbie mcm saya ni..masih lom perlu kot lg kot…deposit utk trade pn sikit je..$10-$30..utk lite acc saya masuk $10 so dpt la $1000..utk real acc saya masuk $30 je yg termampu..(banyak tanggungan)..cadang2 nk tmbh kn equity sikit2..tapi asyik loss..da 3 kali topup $30..nk masuk skali byk smpi $100 x mampu lg la…klu bro ada suggestion mcmana nk besarkn equity dgn modal kecik2 ni..saya amattttt lah berharap bro sudi kongsi2 any idea how to…thanks any way..saya amat menghargai apa komen dari bro..askum
lite forex-lite acc
insta forex-real acc
salam en jerung..
tak la pandai sangat nak advise nie.. setiap orang lain caranya.. walaubagaimanapun, saya ada buat posting hari ini mengutarakan pendapat dan pegalaman saya dalam subject ini.
http://www.forexarchitect.com/2010/04/how-much-money-do-i-need-to-start-with-forex-trading/