Property Investment
Hari ni lepak-lepak sahaja bersantai kat rumah.. malas nak pergi mana-mana. Malam tadi layan trading sampai pukul 3 pagi, ada big moves, lepas tu trading slow pasal Friday weekend. Usually after 12pm, most of the forex trader did not take any new position, to avoid any swap charges over the weekend.
Kebetulan pulak semalam adik ipar datang rumah untuk bercuti di KL semalam seminggu. So pagi tadi ada sessi ‘how to make more money’ lepas breakfast. Adik ipar sekarang ni tengah hot nak buat OD + ASB investment punya style. Dengar kata ramai yang dah buat investment style ni dan berjaya. Saya ada buat sikit research pasal style ni, dan rasanya kurang sesuai untuk diikuti. Biarla diorang buat style diorang, saya prefer stick to my investment style.
So balik pada cerita property ni. Sebenarnya dah lama saya cuba-cuba buat property investment ni. Cuma tak pernah nak bercerita dengan orang. Blog ni pun pada asalnya adalah semata-mata untuk berkongsi cerita dan minat dalam forex investment. Bak kata orang, ‘alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai kepangkal lengan’. Alang-alang ber ‘blog’, biar cerita pasal semua.. haha.. cis! tak de kena mengena langsung. Tapi tak per, blog ni sebenar bukan untuk saya bercerita untuk orang lain, tapi lebih kepada record of my learning curve in forex investment. So lantak la kan, saya nak recordkan cerita dan pengalaman property investment saya kat sini.
Oleh yang demikian, hendak di jadikan cerita, bermula dengan tahun baru ni, blog ini akan dihiasi dengan cerita-cerita pasal architecture + forex + property = things that i do.
Bak kata orang yang expert dalam blogging nie, blog about what you like, your passion and your interest. Find your niche. This is mine.
Related posts:
