Plumber & Rumah Sewa

Dec 27th, 2009
Ramai orang cakap ada rumah sewa ni menyusahkan, malam-malam kena panggil dek tenant mintak repair paip tersumbat.. yea jugak, nak kata tak der tu tipu la.. tapi tak der la diorang (tenant la) call malam-malam suruh datang repair paip tersumbat.

Saya ada rumah sewa (taraf flat jer) di Taman Batu Kepong, dah lama dah hampir 8 tahun. Dah ada beberapa tenant sebelum ni, so far tak der la yang banyak buat hal meragam dan hancuskan rumah. Setakat rosak sikit-sikit tu adat la..

Baru-baru ni ada tenant baru masuk. Nak jadikan cerita, pipe tangki tersumbat/rosak/patah/tak keluar air. So kelam-kabut la tenant ni mencari tuan rumah mintak repair paip tadi. Biasanya tuan rumah (saya la) akan call favorite plumper tuan rumah untuk pergi tengok dan repair apa yang patut. Nak jadikan cerita, plumber ni (nama dia Kam de’Plumber, glamour nama tu) tak boleh buat pasal outstation, so tuan rumah mintak tenant ni cari jer number yang banyak bertampal kat tiang elektrik depan rumah tu dan call suruh datang.

So dengan sukacitanya tenant ni cari la number tu and call satu mamat ni. Biasanya, plumber akan datang, check and quote aper nak buat. Kalau kita tak setuju, so kira cancel jer la job tu, tak perlu bayar apa-apa. Tapi kali ni lain pulak ceritanya. Si mamat plumber tadi datang, panjat tengok water tank tuan rumah, dan baqi quote RM1000 lebih untuk ganti tangki lama, yang besarnya lebih sikit dari baldi mandi Anaqi.. :)

Apa lagi, memang sah geng penipu la ni. Tenant call tuan rumah, dengan bengangnyer tuan rumah cakap tak mo proceed, mahal sangat over the market price. Kalau cerita hari biasa, plumber akan tersipu-sipu malu kerana penipuan mereka tidak berjaya, tapi mamat plumber ni mintak ‘inspection fees’ RM80.. lagi la tuan rumah mengamuk tahap gaban sakit perut, dah la nak tipu orang, tak berjaya lepas tu mintak discounted tipu fees lagi.. tuan tumah tak nak kasi, tapi tenant tuan rumah tadi sudah takut pasal mamat plumber ni muka macam pecah rumah. Akhirnya tenant bayar la jugak ‘get the hell out fees’ RM30, baru mamat plumber muka pecah rumah tadi beredar.

Moral of the story hari ni, bila kita nak call plumber datang rumah, tanya dulu price dan kalau tak jadi, make sure tiada apa-apa bayaran yang akan dikenakan. Tapi kekadang kalau nampak susah sangat untuk dia buat inspection, bagi la small token fees untuk upah kepayahan dia.

Itulah cerita hari ini. Kesimpulannya masalah masih tak selesai, Kam de’plumber masih busy, tangki tak keluar air masih belum dibaiki.

Moral of the story check list;
> Mesti sentiasa ada list of repairman, contractor, plumber etc untuk setiap kawasan property yang dimiliki. Ini penting untuk memudahlan pengurusan setiap property/rumah sewa yang dimiliki oleh setiap investor.


Related posts:

  1. Property Investment

Tags:
No comments yet.