How much money do I need to start with Forex trading?

Apr 13th, 2010

Salam semua.   

Antara perkara yang mula-mula disuarakan oleh mana-mana newbie forex ialah;

Berapa modal yang saya perlukan untuk start with forex trading?
How much money do I need to start with Forex trading?

Sebelum menjawab soalan ini, saya kena beritahu bahawa jawapan kepada soalan ini adalah amat subjective. Semua orang ada jawapan tersendiri dan berlainan mengikut citarasa masing-masing/according to their own personal appetite. Tiada yang salah dan tiada yang betul dalam menentukan berapa modal yang diperlukan untuk bermula dalam pelaburan forex ini.

For me, I don’t have enough experience to advise anyone on how and where to start. Pengalaman saya tak sampai tahap gaban langit ke tujuh (dulu rajin baca komik la.. ) lagi untuk ajar orang lain bagaimana nak start and berapa modal yang diperlukan. Walaubagaimanpun, saya boleh offer pengalaman saya sendiri setelah beberapa tahun terjebak dalam Forex trading ini ( ayat terjebak = rasa macam cerita pasal jerat ayam serama jer)


Untuk menerangkan pengalaman saya dalam cerita berapa modal ini, saya rasa nak menggunakan perumpamaan dan kisah anak-anak saya bela ikan dalam aquarium hehe.. melalut sampai cerita pasal ikan la pulak.. sabar, baca sampai habis..

Contohnya macam ini, saya ada kolam ikan kat tepi rumah, alah kolam kecik jer.. buat sendiri untuk syok sendiri.. size kolam tu lebih kurang 2×2m.. tak la dalam sangat. Saya letak lebih kurang 5-6 species ikan, berbagai size, berbagai warna.. ada yang suka main kat permukaan air, ada yang suka menyorok belakang batu, ada yang senyap dan pendiam, ada yang aggressive, ada yang makan banyak, ada yang makan sikit.. bak kata orang, ada perbagai kerenah la..

Anak-anak saya pulak ada aquarium kecil dalam rumah.. comel jer, siap dengan special lighting, special stone base and ada landscape dalam aquarium tu.. diaorang letak satu species jer, color merah.. kalau letak banyak species, nanti diorang bergaduh pulak cakap yang sikecil tu..

So nak jadi cerita, satu hari tu, entah macam mana tak tahu, keadaan cuaca agak panas sikit, berhabuk, dan agak berjerebu.. El-Nino kot.. tiba-tiba pagi tu bangun, dengan terperanjatnya ikan-ikan kami (kolam besar dan aquarium kecil) dijumpai pening-pening lalat, nyawa-nyawa ikan (memang nama dia ikan kan..lalat tumpang glamer jer).. rasanya keracunan kot, ataupun kerana keadaan cuaca yang panas.. yang pasti, sampai sekarang kami sekeluarga tidak pasti apa masalahnya dengan ikan-ikan kami..

Dengan sedihnya, petang itu anak saya yang kecil melaporkan berita tragis.. semua ikan dalam aquarium kecil mati, separuh ikan dalam kolam besar pun mati…sedih jer aku tengok budak-budak tu… (tapi diorang sedih kejap jer, pasal esoknya diorang beli rabbit 2 ekor. .aduss..) But wait, baca betul-betul.. hanya separuh ikan dalam kolam aku mati.. yang lain masih segar bugar… masih makan dengan banyak, masih bermain-main sesama sendiri, masih membesar and masih boleh reproduction.. (buat anak la.. aper la tak faham…)

Moral of the story... samalah dengan pelaburan forex nie.. kalau nak start tu, ada baiknya start dengan kolam, bukannya aquarium. Kalau start dengan aquarium, kalau ada masalah sikit jer, kalau ada spike sikit jer pun, habis satu aquarium hangus.. kalau tak pun nyawa-nyawa ikan.. sedih jer tengok account jadi debu… kalau start dengan kolam, mungkin cost permulaan agak tinggi sikit, tapi kalau ada masalah open order, silap masuk line ker, against trend ker, boleh la tahan lagi… kalau kena stop loss dua tiga empat lima kali pun, masih boleh bertahan.. loss few battles, but still in the war and fighting…

So berapa nak start? Bagi pendapat seposen aku nie, USD 1K for mini/micro account, USD10 - 25K for standard account. Mungkin korang setuju, mungkin tidak.. tapi peduli apa, nie blog aku suka aku la nak tulis apa.. hahaha.. ada orang start US10 boleh turn to US1000, tapi tu orang lain, mungkin dia adik sedara Einstein.. kalau nak ikut my own style of trading, then itulah permulaan yang sesuai bagi aku..

So itulah pengalaman aku dalam forex trading nie.. my first rule, Capital Preservation. Ini adalah rule yang paling utama, walau bagaimanapun keadaan, jangan sampai hilang account.

Start with your kolam ikan. Happy trading!

  1. Nozi
    Apr 21st, 2010 at 06:51
    Reply | Quote | #1

    Salam,

    Lawak tul la crita ikan tu..hehe..

    Begitukah critanya forex trading ni..menarik tu..hehe..

  2. ForexArchitect
    Apr 21st, 2010 at 06:58
    Reply | Quote | #2

    menarik-menarik.. cuba tengok graph kat atas sebelah kanan tu.. mencucuk langit.. hihihi (gelak dalam perut)..
    Kalau graph tu tembus kotak dia, next holiday saya belanja.. :P

Bagaimana better latency connection membantu forex trader.

Apr 9th, 2010

Bagi trader forex yang sudah lama berkecimpung dalam bidang forex trading nie, satu perkara yang amat ditakuti ketika sessi trading ialah loss of internet connection/disconnection. Internet connection nie adalah lifeline setiap trader, ataupun orang kata talian hidup. Tanpa internet, tiadalah forex trading. So far tak pernah lagi aku dengar geng-geng forex trader ni yang trade pakai phone.. mungkin yang trade juta-juta tu ada la kot, dia call bank broker untuk place order. Bagi kita trader kecil-kecilan ini, harapkan Telekom streamyx jer la.. yang mana trader-trader yang canggih sikit always on the road tu, pakai berukband Celcom, Maxis or P1.

Pernah dulu aku dengar cerita ada seorang trader ni, tengah-tengah best trading internet connection dia terputus (tak sure la putus wire ke, petir kilat ker, tak bayar bill streamyx ker), waktu tu position dia tengah open lagi tanpa Stop Loss. Punya la dia panic kelam kabut cari cyber cafe untuk sambung trading. Kalau pakai web base trading platform macam easy forex tak per la, senang nak sambung trading kat mana-mana. Tapi kalau pakai software yang kena download, punya la banyak masa terbuang. Korang semua pun tahu, dalam masa beberapa minit sahaja macam-macam boleh terjadi dalam forex trading ni. Kalau over leverage account tu, nak ditambah cerita pulak ada major pips movement alamat hancus la account.


So aper sebenarnya LATENCY ini? Penting ke untuk trader-trader forex yang dah tahap gaban kat luar tu. Jawapannya adalah amat penting sekali. Bagi newbie and small trader, mungkin latency tidak mendatangkan manafaat yang besar, tapi bagi big trader with big bet, good latency connection adalah amat penting sekali.

Apa latency ini dalam bahasa Malaysia = aku pun tak tahu… haha. Untuk menerangkan latency ini, aku kena pakai perumpamaan. Contohnya la, ada tak beza dari segi masa dan kualiti sekiranya korang nak hantar atau buat delivery barang dari KL ke Hulu Selangor berbanding dengan dari KL ke Sipadan. Mesti ada beza kan, pasal jarak dia berbeza. Kalau tak sure check dalam google maps.

So sama la dengan latency ni. Waktu korang place order kat korang punya trading platform tu, lepas korang click jer data tu akan travel to the server, broker, feed or bank, balik broker, balik server, baru sampai kat korang punya computer. So kalau korang duduk kat Hulu Selangor, broker kat US ker, UK ker, Malta ker, bayangkan berapa lama masa yang ambil sebelum korang dapat fill. Kalau lambat sangat, by the time korang dapat fill, price dah moved by few pips / slipage. Makin jauh broker korang, makin tinggi latency rate, kalau dekat connection korang dengan broker maknanya least latency rate.

So kalau duk kat Hulu Selangor and broker kat Malta, mesti korang tak dapat true price la pasal by the time kita dapat fill, price dah berubah. Kalau mula target boleh profit, tup-tup trade tu rugi by few pips. Kalau pakai mini or micro lot, trade 1 cents per pips mungkin tak terasa sangat, tapi bagi yang trade USD10 per pips on standard account, uishh.. terasa oooo.

So moral of the story, korang kena pikir cara untuk mendapatkan better latency connection, of usually refer as least latency connection. Maknanya masa yang paling pantas untuk buat data delivery. Satu cara yang aku fikirkan sesuai ialah trade menggunakan VPS (virtual private server) yang paling dekat dengan broker datacenter. Contohnya, kalau broker korang kat US, korang kena dapatkan VPS yang paling dekat atau sebelah rumah dengan broker punya datacenter. Lepas tu nak menambahkan kebaikannya, aku recomend supaya korang trade pakai EA. Subject EA ini panjang kalau nak diterangkan, nanti hari lain la aku cerita.

Aku dah lama trade menggunakan VPS. Senang nak managed, set-up EA lepas tu tinggalkan jer. Hujung minggu check to make sure server ok, tak der error dan MT4 running dengan sempurna. VPS aku pulak aku pilih betul-betul dekat dengan broker aku, so aku dapat least atau better latency rate. Most of the time, bila EA aku execute order, aku dapat almost true price, kecuali ketika big news la, pasal waktu tu mesti heavy move punya. Mesti ada slipage sikit, ini adat trading.

Kalau korang nak try VPS, aku recomendkan CNS - Commercial Network Services. Diorang ada 3 datacenter, New York, London and San Diego. Harga USD30 sebulan. Link to CNS kat banner bawah nie..

  1. jerung16
    Apr 11th, 2010 at 17:09
    Reply | Quote | #3

    salam bro..trima kasih utk recomendation psl vps tu…tapi newbie mcm saya ni..masih lom perlu kot lg kot…deposit utk trade pn sikit je..$10-$30..utk lite acc saya masuk $10 so dpt la $1000..utk real acc saya masuk $30 je yg termampu..(banyak tanggungan)..cadang2 nk tmbh kn equity sikit2..tapi asyik loss..da 3 kali topup $30..nk masuk skali byk smpi $100 x mampu lg la…klu bro ada suggestion mcmana nk besarkn equity dgn modal kecik2 ni..saya amattttt lah berharap bro sudi kongsi2 any idea how to…thanks any way..saya amat menghargai apa komen dari bro..askum

  2. jerung16
    Apr 11th, 2010 at 17:09
    Reply | Quote | #4

    lite forex-lite acc
    insta forex-real acc

  3. ForexArchitect
    Apr 13th, 2010 at 12:57
    Reply | Quote | #5

    salam en jerung..
    tak la pandai sangat nak advise nie.. setiap orang lain caranya.. walaubagaimanapun, saya ada buat posting hari ini mengutarakan pendapat dan pegalaman saya dalam subject ini.
    http://www.forexarchitect.com/2010/04/how-much-money-do-i-need-to-start-with-forex-trading/

Forex Islamic Account or Swap Free Account

Apr 8th, 2010
Salam semua,
Hari ini nak bercerita sikit pasal forex islamic account, juga dikenali sebagai swap free account. Bagi mana-mana trader forex yang berpengalaman, rasanya semua sudah dengar debat-debat yang mengatakan samada forex ini dibenarkan oleh Islam ataupun tidak.

Sudah banyak tulisan-tulisan, blog and hujah-hujah yang tersebar di serata laman internet. Ada yang mengatakan bahawa trading forex ini dibenarkan dan ada juga yang menghujahkan bahawa ianya adalah riba dan tidak dibenarkan.

Saya tidak mahu memberi hujah saya sendiri, bagi saya biarlah orang yang berpengetahuan meneruskan perdebatan ini. Kita tunggu sahaja kesimpulannya nanti - itupun kalau ada kesimpulannya. Apa yang ingin saya ceritakan kali ini adalah salah satu account forex yang tiada unsur-unsur riba iaitu Forex Islamic Account.

Bagi trader forex, pasti biasa dengan swap charges. Islamic account ataupun swap free account adalah satu account yang ditawarkan oleh sebahagian besar forex broker. Swap free account secara basicnya ialah trading account yang tiada charge swap (positive swap ataupun negative swap). Baru-baru ini saya ada membuka satu account baru dengan Forex.com. Kali ini saya buka Islamic account atau Swap Free account. Didalam website forex.com ini mengatakan hanya muslim trader yang layak untuk membuka islamic account ini. Saya buka account MetaTrader 4, kalau pakai dia punya own trading software tak sure boleh buka swap free account ataupun tidak. Islamic account boleh dibuka untuk mana-mana standard atau mini account. Saya buka mini account pasal baru nak cuba dan nak tengok camana dia kira swap free ni, pasal penjelasan kat website agak complicated and sukar difahami.


Dah masuk seminggu lebih trading, dah dapat few trades sample, baru la saya faham macamana diorang handle swap free account ni. Ini adalah sample account statement saya.. jangan gelak tengok USD 11 income sehari saya tu, kecil-kecil cili padi orang kata.. ini satu account satu pair trade, kalau ada 16 pairs 5 accounts macamana? lu pikir la sendiri.. hehe

So kalau tengok statement ni, waktu trade tu dia masih charged swap on daily basis, cuma lepas closed the position, baru la dia revert semula semua negative and positive swap tu.. so set to zero swap profit la gitu… dengan cara ini trader hanya boleh profit dengan pips trade sahaja, dan tiada unsur riba..

Begitula ceritanya, so kalau korang rasa was-was dengan hujah-hujah riba nie, aku cadangkan korang buka islamic account jer la dengan broker korang.

Reference link:
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=1239 http://www.bicarajutawan.com/forum/thread150-3.html

No comments yet.

Today trade

Apr 6th, 2010

Pagi-pagi lagi dah short EJ, this time small lot jer, 0.01 lot… tak per, orang cakap duit jugak kan, kalau satu pair 0.01 lot tapi sekarang dah lock profit US6.50 dalam masa less than 5 minutes, cuba kali 16 chart pair x 4 different brokers? tak banyak jugak tu pendapatan harian.. sikit-sikit lama-lama jadi duit.. :)
Jangan trade standard kalau capital sebesar kelingking, cuba micro dulu ,then slow-slow move to standard account..

Tags:
No comments yet.

Cara-cara membuat pengeluaran KWSP with AMBG

Apr 4th, 2010
Kalau ada sesiapa yang ada housing loan dengan AMBG, ini adalah cara simple untuk membuat first phase untuk pengeluaran atau pengurangan housing loan with KWSP.

First, pergi ke mana-mana cawangan AMBG, dalam kes saya, AMBG HQ di Jalan Yap Kwan Seng. Parking dia memang leceh sikit, pasal selalu full. Naik atas sekali, kalau tak silap tingkat 8. Then turun semula ke tingkat 1 (turun pakai lift laa), then naik ke tingkat 23. Tengok betul2 lift tu, pasal dia ada specific lift sahaja yang naik tingkat 23 iaitu Home Mortage Division. Cakap kat awek kat counter tu nak buat pengeluaran KWSP, dia akan bagi satu borang simple jer.

Isi maklumat yang di perlukan, pass semula kat kaunter… nanti lepas dua minggu dia akan call untuk ambil document yang telah disediakan.. Ada juga option supaya borang itu dihantar ke alamat rumah anda, tapi pasal dekat jer dengan rumah saya, and kalau pos biasanya ambil masa yang lama, saya opt to self collect.

Nanti phase 2 - pergi ke KWSP. disambung kemudian.. hehe.


Tags:
No comments yet.

Hangat2 tahi ayam…

Mar 27th, 2010
Ni la yang orang dok cakap hangat-hangat tahi ayam.. orang nak buat blog, kita pun sibuk nak buat blog sendiri, padahal tak ada masa langsung nak update content.. lately asik travel sahaja pasal kerja.. weekend ini ada semangat baru nak update blog. bukan apa, sekarang susah sikit nak update chart, pasal semua trade pakai VPS, nak kena log in dapat VPS everytime nak post latest chart.. walau bagaimanapun, saya akan cuba post regularly trading chart.



Tags:
No comments yet.

Trade di akhir tahun

Dec 30th, 2009

Biasanya waktu-waktu lemau akhir-akhir tahun nie, price movement amatlah lembap. Ditambah dengan waktu cuti yang panjang iaitu Christmas dan tahun baru, biasanya nak move 20 pip pun susah. Tapi semalam dan hari ini pips menjulang macam Gunung Tahan. best!

Dah seminggu malas nak check trade pasal ingatkan tak banyak perubahan, tapi market fall last night in the US market, so effect semua currency.. yey! nasib baik EA masih running, sempat jugak hedge and ride the move. Hopefully boleh close some of the hedge pair before next year.. Happy New Year for everyone!!

No comments yet.

Plumber & Rumah Sewa

Dec 27th, 2009
Ramai orang cakap ada rumah sewa ni menyusahkan, malam-malam kena panggil dek tenant mintak repair paip tersumbat.. yea jugak, nak kata tak der tu tipu la.. tapi tak der la diorang (tenant la) call malam-malam suruh datang repair paip tersumbat.

Saya ada rumah sewa (taraf flat jer) di Taman Batu Kepong, dah lama dah hampir 8 tahun. Dah ada beberapa tenant sebelum ni, so far tak der la yang banyak buat hal meragam dan hancuskan rumah. Setakat rosak sikit-sikit tu adat la..

Baru-baru ni ada tenant baru masuk. Nak jadikan cerita, pipe tangki tersumbat/rosak/patah/tak keluar air. So kelam-kabut la tenant ni mencari tuan rumah mintak repair paip tadi. Biasanya tuan rumah (saya la) akan call favorite plumper tuan rumah untuk pergi tengok dan repair apa yang patut. Nak jadikan cerita, plumber ni (nama dia Kam de’Plumber, glamour nama tu) tak boleh buat pasal outstation, so tuan rumah mintak tenant ni cari jer number yang banyak bertampal kat tiang elektrik depan rumah tu dan call suruh datang.

So dengan sukacitanya tenant ni cari la number tu and call satu mamat ni. Biasanya, plumber akan datang, check and quote aper nak buat. Kalau kita tak setuju, so kira cancel jer la job tu, tak perlu bayar apa-apa. Tapi kali ni lain pulak ceritanya. Si mamat plumber tadi datang, panjat tengok water tank tuan rumah, dan baqi quote RM1000 lebih untuk ganti tangki lama, yang besarnya lebih sikit dari baldi mandi Anaqi.. :)

Apa lagi, memang sah geng penipu la ni. Tenant call tuan rumah, dengan bengangnyer tuan rumah cakap tak mo proceed, mahal sangat over the market price. Kalau cerita hari biasa, plumber akan tersipu-sipu malu kerana penipuan mereka tidak berjaya, tapi mamat plumber ni mintak ‘inspection fees’ RM80.. lagi la tuan rumah mengamuk tahap gaban sakit perut, dah la nak tipu orang, tak berjaya lepas tu mintak discounted tipu fees lagi.. tuan tumah tak nak kasi, tapi tenant tuan rumah tadi sudah takut pasal mamat plumber ni muka macam pecah rumah. Akhirnya tenant bayar la jugak ‘get the hell out fees’ RM30, baru mamat plumber muka pecah rumah tadi beredar.

Moral of the story hari ni, bila kita nak call plumber datang rumah, tanya dulu price dan kalau tak jadi, make sure tiada apa-apa bayaran yang akan dikenakan. Tapi kekadang kalau nampak susah sangat untuk dia buat inspection, bagi la small token fees untuk upah kepayahan dia.

Itulah cerita hari ini. Kesimpulannya masalah masih tak selesai, Kam de’plumber masih busy, tangki tak keluar air masih belum dibaiki.

Moral of the story check list;
> Mesti sentiasa ada list of repairman, contractor, plumber etc untuk setiap kawasan property yang dimiliki. Ini penting untuk memudahlan pengurusan setiap property/rumah sewa yang dimiliki oleh setiap investor.


Tags:
No comments yet.

Tuesday trade

Dec 22nd, 2009

Pagi ni check some of the trade, ada la yang dah closed this morning with ciput profit.. ok la, janji positive. Minggu ni cuti kerja, kejap lagi nak bawak kids and mama kids to PD for relaxing session. :)

Tags:
No comments yet.

Cara-cara untuk hantar medical claim to Prudential Insurans

Dec 20th, 2009
Earlier this year my wife pergi buat eye operation kat Hospital Mata Tun Hussein Onn. Seperti biasa ada medical bills yang boleh claim semula dari Prudential. Kadang-kadang agent insurans yang ada busy sangat sampai ada long delay untuk uruskan kerja-kerja claim ni, so paling senang hantar jer sendiri kat Prudential HQ kat Jalan Sultan Ismail, senang cerita, lagipun dekat jer dengan office saya. Ini adalah record cara-cara untuk hantar insurans claim kat Prudential. 

Kalau macam saya ada PRUMAJORMED, ini adalah perkara yang perlu ada;

1. Pergi Prudential HQ ambil borang ‘Medical Claim Submission Cheklist’
2. Claim Form
3. Medical report - mintak kat hospital sebelum discharge
4. Itemised bills
5. Original receipt - before, during and after medical treatment. Follow-up pun kadang-kadang boleh dapat claim. 
6. Jangan lupa bawak Prudential Medical card
7. Sebelum hantar, photostat semua copy receipt and medical report, pasal Prudential akan ambil yang original

Dah ada semua, hantar terus ke customer counter at Prudential HQ Jln Sultan Ismail, ground floor. Akak kat situ akan buat some photocopy and check all the documents. Bila semua sudah selesai, dia akan bagi satu number rujukan, call semula dalam masa 2 minggu untuk ambil cheque. Make sure tick kat form tu ‘counter collection’. Kalau hantar kat agent lagi lambat dapat.


Tags:
No comments yet.